sejak..

salam..

1. sejak aku sibuk menjual burger dan menerima tempahan menjahit nih sempena raya, aktiviti aku sangat terhad dan terbatas sebagaimana seorang penjaga gol yang tidak boleh memegang bola di luar kawasan penalti.

2. sejak beberapa tahun lalu, aku sudah lama tidak bermain golf. satu hari dapat jugak aku main.. perrghh.. satu hole je dah berapa kali aku pukol. asyik-asyik masuk kolam je. angin pon kuat. dah dekat pon x le masok. tensyen aku! last-last aku tutop, aku main game lain.

3. sejak dinda aku pegi kursus, aku terlupa hendak makan. jadi, aku semakin kurus kerana tidak ada orang yang mengingatkan aku pasal makan. sekali dia talipon tanya pasal makan, terkelu lidah aku! sesudah itu, nafsu makan aku membuak-buak seperti zirafah mendapat pucuk kelapa.

Comments (3) »

Protected:

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

aku sekeping kad

salam..

aku sekeping kad.

bukan kad kredit, kad jemputan kahwen, mahupon business card…

perhatian, penulis jauh lebih muda dari apa yang korang bayangkan..

dan jauh lebih kacak dari dalam gambar..

terima kasih dinda.

Comments (7) »

Protected:

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

untuk dipendekkan cerita, baca bagi abes..

salam. kisah ini adalah rekaan semata-mata. tiada seekor katak pon yang mati terkorban dalam cerita ini. semoga semua mengambil iktibar dari kisah ini.

satu hari aku jalan-jalan.. untuk dipendekkan cerita, sbb nak ikut jalan dekat, aku lalulah short-cut .. lorong belakang kedai.. bak kata pepatah, jauh berjalan, luas pandangan.

untuk dipendekkan cerita, dari jaoh aku nmpak lori yang dok amek kotak2, tin2, botol2 kat hujung blok nih..

untuk dipendekkan cerita, aku pon dah nk sampai lah kat ujung blok tuh.. aku ternampaklah ada sorang mamat ni, bukan mamat khalid.

untuk dipendekkan cerita, mamat itu (yang berada di tingkat atas) mencampakkan plastik yg berisi botol ke bawah..

untuk dipendekkan cerita, botol tadi telah menimpa aku. sbb ape? mungkin sbb mamat tu tak ikat plastik tu dgn kuat agaknye.. tu lah sebb botol2 itu boleh terburai dan tkluar dari plastik tersebot.. ala2 hujan-botol lah time tuh..

+

aku pon ape lagi, setelah reseptor kesakitan aku teransang, lalu impuls yang terhasil terus memberitahu otak aku melalui sistem saraf badan aku untuk ditafsirkan.

untuk dipendekkan cerita, terkeluarlah kata2 yang kurang manis untuk diminum yang biasanya digunakan untuk memuji kebesaran Tuhan sekalian alam..

penat aku menjerit selama 5 harkat seperti hukum mad wajib muttasil apabila huruf mad bertemu Hamzah dalam satu kalimah.

tetapi apabila kak mad bertemu bertemu ctzoo di mana saja, bila-bila masa, usahkan 5 harkat, 5 jam pon belom tentu abes lagi muqabalah diaorang. biaselah, orang pompuan, kalu dah bejumpe..

untuk dipendekkan cerita, mamat itu ingin mengcover tindakannya yg kurang berdedikasi, seperti sikap segelintir masyarakat yang suka membaling atau membuang sesuatu objek seperti sampah masyarakat dari tingkat atas lalu cepat2 menyorok. benarlah kata pepatah, malang tidak berbau..

untuk dipendekkan cerita, kita kembali kepada mamat itu. mamat itu tidak menunjukkan rasa salah beliau. mamat itu kemudian memandang ke atas lalu menyalahkan orang yang berada di tingkat atas beliau….

untuk dipendekkan cerita, kemudian aku pun berlalu pergi… aku ingin mencari peguam atau kawan peguam atau kawan kepada kawan kepada kawan untuk mendapatkan terapi dan surat sokongan. atau mungkin dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, atau dia.

sekian.

p/s:

1. penulis adalah orang yg berada di tingkat paling atas bangunan itu.

2. bangunan itu hanya 2 tingkat saja.

3. aku adalah seekor kucing. kucing betina. hitam manis.

4. dinda, all the best!

Comments (10) »

untuk dia..

untuk dia

untuk dia yang selalu ingatkan aku pasal makan selalu..

untuk dia yang marah aku sebab aku tak makan..

untuk dia yang selalu suruh aku hapdate blog aku..

untuk dia yang hangen sebab aku tak hapdate blog aku..

untuk dia yang selalu ingatkan aku supaya kerja kuat..

untuk dia yang bising kalau aku bangun lewat..

Comments (14) »

kisah roti dan keju v.1

salam..

beberapa hari yang lalu, aku beli roti.

aku lupa nak makan.. hari ni aku teringat..

aku check.. besok expired..

beberapa hari yang lalu, aku beli susu,

aku lupa nak minum.. aku baru teringat tadi..

susu sudah bertukar menjadi keju..

kenapa tidak bertukar menjadi duit? bolehlah aku berkahwin lagi.

aku amek sekeping roti..

lalu kuapit dengan 2 keping keju..

ye ke macam tu?

aku makan..

aku sudah kenyang..

ape aku nak buat dgn belen roti dgn keju tu?

Comments (8) »

kenapa aku mesti tengok final uero (perlukah?)

salam,

dinda, kanda sudah makan ketika entry ini di post.

sesungguhnya, aku penyokong Liverpool FC.

aku takderklah fanatik sangat.. tak semua match aku tgk.. biase aku update kt tenet saja. kadang2 tgk paper.. satu season EPL ada 38 match.. tak sampai lapan kali aku tgk kot sepanjang musim tu.. tp, kalau liverpool main dlm champion league, possibility utk aku tgk seme match diaorg sgt tinggi..

peringkat kumpulan 6 kali aje. kalau dapt masuk kalah mati, tambah 2 kali. kalau dapat masuk lagi suku akhir, tambah 2 kali lagi. kalu dapat masuk semi final, tambah 2 kali lagi. kalu final, sekali ajelah.. team lain, sorylah aku tak tgk..

so, seme skali 6 + 2 + 2 + 2 + 1 = 13 kali ajerlah.. itupon kalau liverpool masuk sampai final.. kalu dapat masuk suku akhir macam arsenal, maka nyer, 6 + 2 + 2 = 10 ajer.

kenapa aku sibuk-sibuk tgk? ada orang kata, kalau minat kita mesti tgk game diaorang main.. tapi aku rasa, takkan lah kena sampai tgk smua game.. dalam case aku, aku hanya tgk masa diaorg main kat champion league saje.. (sebenanya peringkat kumpulan aku tgk 1/2 je, lepas tu bila dah masuk kalah mati, baru aku start follow betul2. formula di atas adalah teori semata2) cerewet sungguh.. memilih plak aku nk tgk match mana. ini blom lagi nak pilih balik beraya, giliran sapa ya tahun ni dinda? eleh, wat2 lupa pulak..

bila citer pasal world cup & euro…kenapa pulak aku mesti tgk?

  • adakah kerana kejohanan tersebut dianjurkan dalam 4 tahun sekali?
  • adakah kerana ingin mengetahui pasukan dari negara mana yang hebat? walaupon atas kertas dah tahu pasukan mana yg akan menang? (kejutan bole berlaku beb..)
  • adakah kerana aku nk tgk pretasi pasukan2 yg terlibat?
  • adakah kerana aku seorang kaki tgk bola?
  • adakah aku ingin melihat players? ooo..aku bukan gay..

ikuti ulasan aku mengenai beberapa final kejohanan bola sepak:

1. final UEFA Champions League:

Juara: Nike, Naib Juara: Adidas

2. final UEFA Cup:

Juara: Puma, Naib Juara: Umbro

3. final FA Malaysia:

Juara: Line 7, Naib Juara: Adidas

4. final EURO 2008:

perlukah aku tengok? aku sudah tahu jawapannya..

dinda, nanti kanda buat..

Comments (6) »

sepot de diferens contes

gambar (a):

gambar (b):

Comments (16) »

Protected: Hadiah Hari…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments